Wednesday, July 13, 2011

Persidangan Agung Umno Bahagian Pasir Gudang 2011

Tahniah kepada Umno Bahagaian Pasir Gudang khususnya kepada Ketua Umno Bahagian serta AJK dan perwakilan Cawangan-cawangan didalam Bahagian Pasir Gudang kerana telah berjaya melaksanakan persidangan Umno Bahagian demi tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk martabat bangsa, Agama dan Tanah Air.
Persidangan Umno Bahagian pada kali ini telah diadakan di Dewan Universiti Kuala Lumpur (Unikl) Seri Alam satu kemudahan bagi menampung serta keselesaan kepada perwakilan-perwakilan yang telah bertambah seperti mana yang telah termaktub didalam perlembagaan yang baru diperkenalkan untuk pertama kalinya.

Thursday, May 12, 2011

Persidangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang tahun 2011

Syabas diucapkan kepada AJK Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang Kerana telah Berjaya Menganjurkan persidanganya pada 08/05/2011 (Ahad) Jam 2:30 Petang bertempat di pandarosa Taman Molek Yang Telah disampurnakan perasmianya Oleh Datuk Mukhriz Bin Tun Mahadir.
Turut hadir Pergerakan Pemuda Umno Kulai sebagi wakil rasmi dari Perhubungan Umno Negeri Johor manakala Umno Bahagian telah menghantar Tn Hj Mohd Amin Bin Ahmad, En Mohd Khatim Bin Othman dan En Jumat Bin Jaffar

Persidangan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Pasir Gudang 2011

Tahniah kepada Ahli Jawatan Kuasa Pergerakan Wanita Umno Bahagian Pasir Gudang kerana telah berjaya melaksanakan tugasan dan amanah bagi menganjurkan Persidangan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Pasir Gudang bagi sesi 2011 Pada 08/05/2011 (Ahad) Jam 2:00 Petang bertempat di Dewan Politeknik Johor Bahru Jalan Kong Kong yang telah di sampurnakan perasmianya oleh Datuk Rosnani Bt Sohar Pen Setiausaha Pergerakan Wanita Umno Malaysia
Turut hadir Wakil Pemerhati dari Umno Bahagian Pasir Gudang iaitu Ketua Penerangan Tn Hj Mohd Rahim Bin Salleh, En Dahari bin Hassan dan Tn Hj Abd Ghani Bin Abd Rahman Manakala wakil Penyelaras Perhubungan Umno Negeri Ialah Pergerakan Wanita Gelang Patah

Persidangan Puteri Umno Bahagian Pasir Gudang

Tahniah kepada pergerakan Puteri Umno Bahagian Pasir Gudang kerana telah berjaya mengadakan Persidangan Pada 08/05/2011(Ahad) Jam 9:00 Pagi bertempat di Dewan Serbaguna Permas Jaya Yang Telah disampurnakan perasmianya oleh Puan Shahanim Bt Mohamad Yusoff Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia.
Turut hadir Penyelaras dari Puteri Tg Piai Pontian sebagai wakil rasmi di Perhubungan Umno Negeri Johor Manakala Umno Bahagian telah Menghantar 3 orang Wakil Pemerhati Dari Umno Bahagian Iaitu Tn Hj Mahmuddin bin Mispan, Tn Hj Roslan Bin Abu Bakar dan En Mohd Latif Bin Ismail.

Friday, April 29, 2011

Perasmian Marrybrown Kipmart Masai

24/04/2011 (Ahad) Majlis perasmian Marrybrown di kipmart Masai telah disampurnakan oleh Dato Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin Ketua umno Bahagian Pasir Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.
Tahniah kepada Marrybrown yang merupakan Syarikat kepunyaan bumiputera kerana telah berjaya untuk berdaya saing bersama syarikat-syarikat yang lain seperti KFC dan McD

Thursday, April 28, 2011

Program Peti undi Sek Keb Permas Jaya 1

23/14/2011 (Sabtu) Aktiviti Konvoi anjuran Peti undi Sek Keb Permas Jaya 1 yang telah di pengerusikan oleh Tuan Hj Musa Bin Yusof telah meganjurkan Konvoi bersama Pemuda Bahagian dan Pemuda cawangan Di dalam Kawasan Peti Undi Sek Keb Permas Jaya 1 ke Teluk Ramunia parlimen Pengerang.

Majlis telah dirasmikan oleh En Rohazam Shah Ketua pemuda Umno Bahagian merupakan Wakil Rasmi Kepada Dato Seri Hj Mohammed Khaled Bin Hj Nordin Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang.


Jati diri di melaka

15/04/2011 hingga 17/04/2011 (Jumaat-Ahad) Umno bahagian Pasir Gudang telah menghantar pasukan ke Melaka bagi menjadikan Umno bahagian pasir gudang sentiasa bersiap sedia didalam apa jua yang akan berlaku didalam bahagian Pasir gudang.

Keberanian menjadikan asas utama bagi menuju kejayaan